Thursday, December 23, 2010

kehidupan :)

Assalamualaikum,

maaf tiada mukadimah seperti selalu!

Sebelum baca sila set kan diri korang di dalam mood serius!

Tiada gurauan untuk kali ini J


Pernah x kau rase penat menjadi khalifahNYA dimuka bumi ini?

Itu soalan dari aku, dan kau sila jawab dalam hati....

Ok, korang hanya boleh teruskan bacaan selepas jawab soalan aku!

(sila jujur! Tipu dosa owh!)


Selalu aku dengar orang cakap......

”Penat menjadi pelakon dipentas dunia yang tiada income langsung”

Semua keluhan itu selalunya dari mereka yang merasakan kecewa didalam kehidupan yang mereka sedang lalui.


Well,

Memegang berbagai watak sampingan amatlah tension!

kerana kita tidak diberikan sebarang skrip bercetak untuk kita ucapkan dalam kehidupan seharian.

Tapi, kita diberikan 1 kitab yang boleh kita jadikan panduan iaitu Al-quran.


Watak aku ada pelbagai kau?

Jom aku senaraikan watak-watak aku dipentas dunia ini:


Yang utama:

*Seorang hamba-NYA!

*seorang umat nabi muhamad S.A.W


Sekarang:

*seorang anak kepada kedua ibu bapa

*seorang kakak kepada 3 orang adik

*seorang pelajar kepada ramai pensyarah

*seorang sahabat kepada ramai manusia yang bergelar sahabat aku


Akan datang:

*seorang kekasih kepada seorang lelaki

*seorang pekerja kepada seorang majikan

*seorang ketua kepada pekerja-pekerja

*seorang isteri kepada seorang suami

*seorang menantu kepada mentua

*seorang ibu kepada anak-anak

*seorang nenek kepada cucu-cucu


itu je yang mampu aku fikirkan.


Tapi x tau lah kan adakah semua watak itu akan aku lakonkan dengan sempurna atau tidak.

Kerana setiap lakonan aku dinilai oleh juri yang satu itu!

Dan semuanya akan aku ketahui bila di akhirat nanti.


X malu aku untuk aku mengakui yang aku masih belum cukup pengetahuan dari segi agama islam itu sendiri.

Banyak kelemahan aku yang kadang kala cuba aku tutupkan dengan menyalahkan orang lain!

mungkin agak keji perbuatan aku tu dari mata kau.

Tapi...Yelah aku nie hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.

Mungkin kau pun tidak terkecuali kan?

Macam tu juga bila aku ada masalah,

aku lebih selesa untuk melarikan diri dari masalah yang aku cipta itu.

Dan pada kau, mungkin aku kelihatan seperti seorang pengecut yang tidak berani untuk menghadapi kebenaran.


Umm, aku masih mengharapkan keajaiban dari-NYA!

The end!

Till fingers meet keyboard again J

No comments:

Post a Comment