Monday, May 16, 2011

perempuan dan perangainya (:

assalamualaikum.

aku.aku.aku.aku.aku. jatuh cinta lagi!
hahahaha. ok tipu! xde nye cinta cintun nie.

entry kali ini aku nak cuba bongkar perangai sesetengah perempuan masa tengah bercinte.
jom chekedout! hehe.

1. meminta-minta.

well, ini benda yang semula jadi lah kalau kate pun tengah bercinte kan? tapi kalau dah melampau sangat memang x lah kan. memang normal kalau kite as perempuan nak minta BF kite belikan sumthing yang kita suke macam contoh:

kau pegi window shopping then nampak sumthing yang kau suka, nak-nak time tu xde duit. kering. al maklumlah student kan... pastu kau pun cepat-cepat lah kelua kan phone, dial number kekasih hati kau tu, " baby..... I kat pavi nie pastukan I nampak baju kat butik PDI ni cantik sangat, I nak beli tapi......" memang panjang kau punye tapi tu kan... tetapi, disebabkan tapi kau yang panjang tu confirm lah kau dapat kan... sebab BF kau tu kesian kat kau die pun belikan lee. kalau x kau ngajuk, buat perang dingin 15 hari.

ok, kalau setakat benda-benda camtu aku rase xde hal sangat kot. macam mane pulak kalau kau tengok membe kau dok tekan blackberry baru hasil dari sumbangan BF membe kau tu. pergh! gile x makan hati... kan? pastu kau pun call BF kau dok usha pulak blackberry untuk kau. wtfuuhhh! memang lah kalau bf kau kaya x mendatangkan masalah pada die, macam mane kalau Bf kau tu student macam kau gak? xkan nak gune duit PTPTN, MARA, JPA semate-mate nak puaskan hati kau? ish3. memang lah kau nie x berhati perut langsung kan.. kalau BF kau keje? ye,, kalau lah die doctor ke, lawyer ke, arkitek ke, lain lah kan. konpem dapat. kalau BF kau keje biase jeee?



ummm,, fikir kan lah! jangan ikut kehendak kau jeeee ye cik bedah! jangan sampai BF angkat kaki sebab x tahan nak puaskan kehendak kau yang macam-macam tu.



vs




2. update masa.

memang. memang aku x nafikan yang perlu untuk kite tahu ape yang pasangan kite tengah buat. tapi kalau dah melampau sangat ape kejadahnye? sampai setiap 5 minit kau nak BF update kat kau ape yang die tengah buat. sampai nak g jamban pun kene bgtau kau jugak. kalau die pegi jamban x btau konpem kau mengamuk cam vavun kan? kalau makan x cakap lak, kau mesti kate "eeee, makan x ajak.makan sorang-sorang. I x makan lagi sebab tunggu U tau." pastu ngajuk. eeeuwww! childish betul!



serius! aku kan rimas tau tengok orang yang macam ni. kesian weyh Bf kau. nak bernafas kejap pun x boleh. kalau die tengah kerja macam mane? xkan nak text message kat kau sentiase. nak jumpe boss text, nak buat air kat pantri text, nak fotocopy kertas text. kalau boss die nampak, sie-sie kene bebel. nak-nak kalau boss die pompuan mulut lak cam puake. mampos pekak telinge.

3. mengongkong.

woooo! nie superb melampau! aku x suke care setengah orang yang mengongkong pasangan mereka secara total. macam,,, x boleh kawan dengan orang yang berbeza jantina, x boleh kelua selepas pukul 6 petang, x boleh tengok bola dengan kawan-kawan lelaki kat mamak sampai tengah malam, x boleh nak pergi cuci rambut kat salon kedai amoi cantik dan macam-macam lah x boleh!



bende remeh pun dok kalut? awatnya? setakat dok cuci rambut kat salon amoi cantik. ape le sangat kan? xkan menjejaskan ape-ape pun. bukan boleh kawin, lain agame kotttt. dok melepak tengok bola ngan membe lelaki lak? sah-sah la kat mapley tu majoriti lelaki, kalau ade perempuan kat situ pun wajiblah orang punye. sebab perempuan tu ikut bf die tengok bola kat situ. ingat perempuan suka-suka ke nak tengok bola kat tempat yang sesak dengan kaum ADAM tu? xde maknenye.




kadang-kadang kene lah fikir positive (+) sikit. x semestinye kalau perempuan tu spare tyre die. kawan je pun.

4. call.

ok, sekarang kan tengah dok famous pasal DIGI EASY tuh. maka ramai lah pasangan yang bercinta dok berlari-lari anak ke kedai digi berdekatan untuk mendapat kan simcard DIGI EASY tu. x terkecuali kawan-kawan aku..... teetttt*** hehe



ape yang aku tau DIGI EASY nie menawarkan perkidmatan panggilan percuma kepada 3 number DIGI EASY yang diaktifkan. ade 2 jenis digi easy.
i. 24 jam free
ii. pukul 8 malam - 12 malam x free tapi 12.01 tengah malam - 7.59 petang free.

bile dah pakai sim card DIGI EASY nie haruslah 24/7 oncall. cakap lah sampai muntah! sampai bosan! aku x faham weyh boleh pulak kau nak bergayut ngan hp 24 jam. yang perempuan mungkin lah suka sebab tau ape yang Bf diorang buat tapi lelaki? entah... susah nak jawab sebab kaum adam nie kan unpredictable person! mestilah die pun nak gak borak ngan kawan-kawan die. xkan dengan kau je.. kan??

pernah x kau fikir? kalau tengah kerja camne dia nak oncall? dalam kelas? kalau dah dok layan kau mase kerje prestasi kerja die pun boleh merundum lah. kalau dalam kelas xdapat lah die nak bagi perhatian kat lecturer, sie-sie je pointer jatuh sebab dok melayan oncall dengan kau. jangan sampai nanti die kate "I jadi macam nie semua sebab U!" melalak x berlagu kau nanti....

nak bergayut boleh tapi biarlah kene tempat kan. bila time free call lah xde sape nak marah. yee aku tau, kau beli sim tu bukan pakai duit aku pun. ape hak aku kan? ok.ok. suke hati kau lah!

5. ?

haha. aku dah xde idea. kalau kau ade. sile lah share ngan aku.


so, kesimpulannye...

kalau ye pun nak buat perangai macam nie tunggu bile dah sah nanti yeee.

aku cakap berdasarkan ape yang aku nampak kat sekeliling aku.
pada yang terasa, sorry! aku x bermaksud nak kecik kan hati kau. aku nak kau sedar je.
xpayah la nak ye ye sangat selagi belum kawin nie.
bak kate mama aku.... selagi x sah, x ikat ape-ape x payah lah nak setia sangat.
well,, itu hanya pendapat dari orang yang lebih tua macam mama aku.
maybe mama korang pesan lain, ikut korang lah kan...
dan ini gak peringatan buat aku.

till fingers meet keyboard again yaw!
tadaa~~

2 comments:

  1. hurm..
    mcm2 perangai pompuan ni kan?
    Anyway, fiq paling setuju part yang last sekali tu..
    betul kata mama kamu.. :)

    ReplyDelete
  2. name pun perempuan kan. haruslah byk perangai. hehe.. btw, tq cikgu fiq sebab mengomen! sy pun sokong ckp mama jugak...

    ReplyDelete