Sunday, March 31, 2013

MERAJUK

hai. aku baru lepas tengok insta adik aku. HAHA. kelakar gile bile die buat textgram nak pujuk adik laki aku... tapi sebenarnye aku sedih baca textgram die. tsk.tsk.tsk. ok la tu dikya, atleast ade usaha nak pujuk abang kan..


nie dak abang dengan dak dikya
abang adik aku no 2 dikya adik aku no 3


aku ngan dak abang.



uda, aku dengan dak adik!
dak adik tu adik bongsu aku.

well, kiteorang adik beradik memang selalu sangat merajuk.. dah la jenis merajuk lama, bukan kejap-kejap.. aku sendiri pun pernah merajuk dengan dak dikya tu almost half year ok, atau lebih tepat lagi enam bulan. lame kan?? haha.

pastu aku jenis tak nak kalah. kalau aku gaduh dengan adik-adik aku, baju dorang aku tak nak lipat. shampoo dorang dalam bilik air aku picit kasi habis. diam-diam aku sepahkan almari dorang. jahat kot aku. tapi tu dulu.. sekarang aku kalau ngajuk pun paling tak aku tak lipat baju dorg je.. keh3. pastu sekarang kalau aku merajuk mesti cepat-cepat adik aku pujuk. nyehehe..

cume tu lah, kalau merajuk dengan mama jangan mimpi lah mama nak pujuk. mama akan buat derk je sampai kau sendiri yang cakap dengan die. mihmihmih. pernah sekali tu mama merajuk dengan aku, ke aku merajuk dengan mama camtu lah. tak nak cakap konon... pastu tibe-tibe tangan mama kene minyak panas nak tak nak die jerit gak nama aku. hehe.

kalau dengan papa kite merajuk, kejap je die pujuk balik. caranye die akan buat lawak bangang pastu buat macam takde ape-ape. kekadang aku geram gak. tapi nak buat macam mane.. apak den gak...

ok. bai.

till fingers meet keyboard again!



Saturday, March 30, 2013

bila kehendak melebihi keperluan

hey.

what a lazy saturday.. hwa.. malas nya nak kerja hari nie...

uhuk.uhuk.


ok, nie gambar bulan lepas. 

sebenarnye kan...

tak sabar nak gaji. bulan ni nak beli hp.
bulan depan nak beli jam tangan.
bulan depan lagi nak beli handbag.

owh. aku lupa hujung bulan enam (6) nak renew roadtax kereta.
terbang 7 8 ratus...

hwa.... kumpul duit! cancel beli jam dengan handbag!

ok!

raya lagi 3 bulan lebih camtu kan?
puasa pun tak habis ganti lagi.
baju raya pun tak tempah lagi. maigaddd!

ok, gaji bulan depan nak pergi usha kain kat gulatis!

adeyhh! duit-duit!

bila ingat kereta pulak, macam-macam nak buat.
kereta dah lama tak service.
bumper belakang nak betulkan.
nak tukar wiper lagi..
bateri kereta nak ganti baru....

sobs.sobs.sobs.
macam nak buat kerja part time lah camni...

I iz soo stresss!

till fingers meet keyboard again.

 

Thursday, March 28, 2013

Frust ?

hai.


I iz so kecewa... hwa...
why lah selalu jadi macam ni, buat aku selalu putus harapan.
selalu sangat buat aku cepat give up!

orang selalu cakap usaha lah, takde benda yang datang bergolek..

yeah, I keep try harder, tapi lagi kuat usaha lagi kecewa adelah..

kadang-kadang aku sampai terfikir mungkin bahagia, kesenangan tak akan jadi sebahagian dari hidup aku.

tsk.tsk.tsk

Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya "kenapa kesenangan bukan milikku?" tapi bertanyalah kepada diri sendiri "apakah usaha yang telah dilalkukan untuk mendapatkan kesenangan itu?"

till fingers meet keyboard again.
babai.





Tuesday, March 26, 2013

takziah

salam.

sedih aku tak hilang lagi, teringat kat akak sorang ni.

tsk.tsk.tsk.
semalam mungkin menjadi tarikh hitam buat kak fiza.
dia yang aku anggap kawan, kakak, penasihat dan telinga kiri kanan aku.
takziah buat dia diatas pemergian ibunda tercinta. stay strong kak!

secara peribadinya aku tak sempat kenal pun dengan mak kak fiza.
yela, aku kawan ngan kak fiza pun baru lagi. adalah dekat 5-6 bulan camtu.
pernah pergi rumah dia pun masa mak dia takde kat rumah.
kenal mak dia pun tengok gambar dengan dengar cerita-cerita yang kak fiza cerita...

kesian tengok dia, lagi 2 bulan nak nikah kot. sobss :'(

macam-macam dugaan yang jadi bila dekat dengan tarikh nikah dia.
mula-mula pasal kerja. lepas tu mak andam cancel last minute, mak sakit then........
kalau ikutkan banyak lagi dugaan yang dia kena, tapi biarlah ia kekal menjadi rahsia kiteorang.

tak tau lah macam mana kalau aku kat tempat dia...

buat kak fiza,

"Bila masalah menghampiri mu jangan ragu bahwa Tuhan memberikan yang terbaik bagimu, bila masalah itu terasa berat bagimu itu karna Tuhan percaya akan kemampuan mu"'

al-fatihah!


Friday, March 22, 2013

Materialistik

hey, assalamualaikum.

seperti yang kia semua sedia maklum semalam result SPM keluar kan? hehe. aku ade adik yang amek SPM, well result die ok larrr... no komen. penat dah bebel before die exam. tapi tak mau dengar cakap, then dengan result yang dia dapat aku rase he deserved it! dah camtu je usahanya kan?? 

ok dah. enough!

yang aku nak cite kat sini bile semalam aku dengar mama bebel kan die,

"ape kau nak belajar lepas nie? tak kan nak keje biase-biase je. BLA.BLA.BLA. fikir sikit mase depan. blablablabla.kalau keje cukup-cukup makan zaman sekarang mana cukup.perempuan sekarang dah la MATERIALISTIK! NO MONEY , NO CINTA. blablablablabla....."

HAHAHA. 

teruk sangat ke perempuan sekarang? yeah mungkin ye, ade yang macam tu.. nak lelaki berduit, berharta. api ade je kot yang tak kesah..

pada aku lah kan bukan duit yang perempuan pandang sangat. at least lelaki tu kena lah ade kerja tetap. ade kereta, rumah. insyallah perempuan macam aku ok je.. kereta, rumah pun takyah lah memahal, asal boleh bayar bulan-bulan dan selesa cukup lah. tanggungjawab tu yang kena ade! jangan asal boleh je.. tu paling aku pantang! pandai nak berbini beranak tapi tanggungjawab entah kemane....  

mama selalu pesan, carilah lelaki yang kenal tikar sembahyang! bukan lah nak yang alim ulamak, tapi at least sembahyang lima waktu tak tinggal. INSYALLAH. mama doakan lah yang bak-baik untuk kite ye :)



ok la, till fingers meet keyboard again!


Wednesday, March 13, 2013

wordless wednesday #3


LAUGHTER is the best medicine :)

kemunculan selepas kehilangan

salam. lama dah tak update blog. rindu nak merepek.

jom usha ape yg dah jadi sejak aku mendiamkan diri.. 


akhirnya,
aku dah konvo.



dah kerja, dan dah berhenti. haha
sekarang kerja kat tempat baru.



dah tua. 21 tahun oke.



dah ade bestfriend baru and hobby baru.

haha

ok 
till fingers meet keyboard again.

nanti kite story morie lagi

bye.