Tuesday, March 26, 2013

takziah

salam.

sedih aku tak hilang lagi, teringat kat akak sorang ni.

tsk.tsk.tsk.
semalam mungkin menjadi tarikh hitam buat kak fiza.
dia yang aku anggap kawan, kakak, penasihat dan telinga kiri kanan aku.
takziah buat dia diatas pemergian ibunda tercinta. stay strong kak!

secara peribadinya aku tak sempat kenal pun dengan mak kak fiza.
yela, aku kawan ngan kak fiza pun baru lagi. adalah dekat 5-6 bulan camtu.
pernah pergi rumah dia pun masa mak dia takde kat rumah.
kenal mak dia pun tengok gambar dengan dengar cerita-cerita yang kak fiza cerita...

kesian tengok dia, lagi 2 bulan nak nikah kot. sobss :'(

macam-macam dugaan yang jadi bila dekat dengan tarikh nikah dia.
mula-mula pasal kerja. lepas tu mak andam cancel last minute, mak sakit then........
kalau ikutkan banyak lagi dugaan yang dia kena, tapi biarlah ia kekal menjadi rahsia kiteorang.

tak tau lah macam mana kalau aku kat tempat dia...

buat kak fiza,

"Bila masalah menghampiri mu jangan ragu bahwa Tuhan memberikan yang terbaik bagimu, bila masalah itu terasa berat bagimu itu karna Tuhan percaya akan kemampuan mu"'

al-fatihah!


No comments:

Post a Comment